21 Rabiul Akhir 1428
Sudah lama aku berhajat untuk menjadi seorang ‘blogger’. Malah aku dah pun mulakan blog aku beberapa tahun yang lalu. Sempat juga aku ‘post’kan dua atau tiga hasil tulisan aku yang sebenarnya aku telah hantarkan ke ‘yahoogroups’ aku. Coretan baru tak terbuat juga. 2005 dan 2006 berlalu tanpa sebarang hasil. 2007 hampir bertemu pertengahannya. Kalau diikutkan kerja dan tugasan aku, memang terbengkalailah niat aku ini.
Mahu tidak mahu, aku bertekad untuk mulakannya di sini. Malam ini. Hajat aku, sebagai permulaan, satu ‘posting’ seminggu. Tentang apa akan aku bicarakan, aku sendiri tidak tahu. Mungkin bertemakan kisah-kisah silam. Mungkin tentang anak dagang di perantauan. Mungkin tentang anak-anak dan kenakalan. …. Atau mungkin saja, tentang isteri yang tersayang.
Ramli AR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment