Wednesday, June 13, 2007

Banjir

27 Jamadil Awal 1428
Salam

Ahad lepas, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat lagi. Lebih dasyat dari yang sebelumnya. Medan Pakir Dataran Merdeka dilaporkan tenggelam seluruhnya. Masjid Jamek turut digenangi air walaupun berada pada paras 10m dari paras biasa Sungai Gombak.
Jika ingin tahu lebih lanjut tentang banjir, boleh layari web dan banyak gambar-gambar yang boleh didapati. Aku ingin mengingatkan pada kawan-kawan tentang perlindungan insurans/takaful kenderaan.
Pada lazimnya, insurans/takaful tidak memberi perlindungan terhadap kejadian semulajadi seperti ini. 'Act of god' adalah klausa yang diguna pakai. Walaubagaimanapun, ada perlindungan tambahan yang membolehkan kita mendapat perlindungan insurans/takaful seandainya terbabit dengan bencana alam. Kadar yang dikenakan adalah sekitar 0.5% dari jumlah perlindungan keseluruhan.
Dimasa hadapan, jika berminat (terutamanya kepada mereka yang kerap ke kawasan yang sering dilanda banjir)silalah dapatkan maklumat tentang perlindungan tambahan ini. Ianya mungkin berbaloi.
Ramli AR

No comments: