9 Rejab 1429
Salam
29 Jamadil Akhir 1428 lalu... Aina, anak Shahrial Sirin (seorang tahanan tanpa bicara ..ISA) pergi menemui penciptanya. Aina Mardiah, 17 tahun, tidak sedarkan diri (koma) setelah terjatuh. Ayahnya hanya dibenarkan keluar melawat ke hospital Kajang pada keesokan harinya dan TIDAK sempat berada di sampingnya semasa Aina masih bernyawa.
SEMOGA ALLAH MELAKNATI ORANG-ORANG YANG ZALIM.
Di bawah... aku paparkan kembali coretan aku tentang ISA ditahun 2004.
26 Muharam 1425
Salam
Semalam, kira-kira jam 4 petang, aku dihubungi salah seorang ahli 'egroup' kita. Dia memaklumkan aku bahawa email yang dia hantar ke 'egroup' telah ditendang keluardengan dakwaan dia bukan ahli egoup ini. Dengan nada kesal, dia berkata, dia amat kesal dan agak marah. Malah, kawan kita menyebut, dia akan lebih marah seandainya terkeluarnya dia dari egroup ini hasil dari perbuatan sabotaj. Dia merasakan, hak dia untukmenyampaikan 'message' (pendapat, perkongsian maklumat dll) dia ke 'egroup' tersekat.
Aku mendapat panggilan ini semasa dalam perjalanan pulang dari Melaka. Tidak banyak yang dapat aku jelaskan kerana aku tidak ada maklumat yang tepat untuk diberikan. Tapi, yang aku pasti, aku tidak pernah menghalang mana-mana ahli 'batch' kita untuk menyertai 'egroup' ini. Aku sekadar mampu berjanji untuk meneliti perkara ini.
Setelah diperiksa, sebenarnya kawan kita ini masih lagi ahli egroup ini tetapi 'email' dia tidak dapat diterima masuk kerana terdapat perubahan pada 'domain' email address yang baru saja ditukar oleh syarikat di tempat dia bekerja.
Aku dengan segera membetulkan keadaan ini. Masalah ini dianggap selesai.
Nah..... inilah yang cuba aku gambarkan apabila aku menyebut tentang kekejaman dan kezaliman pihak yangmenghalalkan ISA dan ISA itu sendiri. Sebagai seorangmanusia... kebebasan adalah satu hak yang menjadi milik setiap individu. Setiap manusia, tidak kira, serendah manapun taraf pemikirannya tidak akan merelakan kebebasannya diragut dan diperkosa. Aku... sebagai seorang individu.... ingin bebas untukmendapatkan pendapat kedua atau ketiga atau keempat dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara. Adakah begitu dayus kepimpinan yang ada hinggakan cetakan Harakah dua kali seminggu pun dijarakkan menjadi dua kali sebulan. Itupun.... segala pendedahan kepincangan pemerintahan negara oleh harakah tidak terjawab oleh pemerintah sedia ada. Permohonan untuk akhbar harian entah terperosok di cerok mana. Malah permit ceramah juga terhad dan pernah diusulkan agar ditiadakan langsung. Nik Aziz pernah meluahkan beliau bersetuju untuk menghentikan ceramah politik di seluruh negara, seandainya pembangkang diberi 'air time' setengah jam sehari pada setiap jam 3 pagi. Malah pas sanggup membayar harga 'air time' tersebut.... Itupun tidak dipersetujui.
Kembali ke ISA...... hari ini.... masuk hari ke 18 tahanan ISA mogok lapar menuntut mereka dibebaskan atau didakwa di mahkamah. Para doktor di dalam 'egroup' ini tentu lebih arif untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada badan manusia tanpa makanan selama tempoh tersebut. Para isteri di dalam 'egroup' ini tentu lebih memahami perasaan para isteri tahanan ISA yang menuntut keadilan bagi suami masing-masing. AKU BENCI SEBENCI-BENCINYA AKTA KEJAM ISA.
Ramli AR
Balasan dari seorang sahabat
Re: Harga kebebasan
Salam
rasanya Ramli belum pernah masuk/melawat Kemta di Kemunting tu, kan?... rasanya Ramli pun tak pernah melihat sendiri para isteri & anak2 tahanan yg tak pernah jemu utk setiap minggu mengunjungi suami/ayah mereka yg terpenjara secara zalim di situ...
pun begitu, sebagai insan yg punya hati & perasaan, serta sedikit keprihatinan terhadap kesengsaraan insan lain yg dizalimi maka Ramli telah meluahkan apa yg terbuku di dalam hatinya.... sebagai manifstasi rasa kesal, tdk setuju, marah dsb terhadap akta zalim yg bernama ISA (ada pulak skrg ni org kata, Ikut Suka Abdullah..bkn saya kata, org kata..)
lantas, bagaimana agaknya perasaan para ibu/bapa yg melahir & membesarkan si anak?.. bagaimana agaknya perasaan isteri/anak2 yg kehilangan kasih sayang & tempat bergantung...
bagaimana pula agaknya sikap & perasaan org yg sering mewakafkan hujung minggunya utk menjadi driver/membawa para isteri/anak2 mangsa kezaliman ISA ini ke Kemunting..? yang melihat sendiri anak2 kecil & bayi yg secara zalim dipisahkan dgn ayah mereka, tanpa bicara tanpa dibuktikan telah melakukan sebarang jenayah...? yg melihat sendiri bagaimana seorg ayah & ibu yg sudah tua sanggup dtg dr Lumut dgn hanya menunggang motosikal (itu saja kenderaan yg mereka ada)... You tell me...
Balas aku kembali
Re: Harga kebebasan
26 Muharam 1425
Salam
Benar sebagaimana yang Rxxxxx catatkan..... aku sememangnya tidak pernah masuk atau melawat Kem Tahanan Kemunting. Malah aku tidak mahu tengok Kem Tahanan Kemunting. Atau lebih lagi... aku tidak mahu Kem Tahanan Kemunting wujud seandainya ianya untuk menempatkan mangsa-mangsa ISA. Atau dengan bahasa mudahnya... aku benci sebenci-bencinya ISA dan mereka yang membolehkan ISA wujud di malaysia. Dayus... mereka adalah golongan yang dayus. Benar juga kata Rxxxxx... aku tidak dari kalangan mereka yang beruntung dan dapat membantu mangsa ISAsecara terus. Mana mungkin aku berhadapan para isteri yang tabah tersebut seandainya aku sendiri menitiskan air mata mengenangkan/membaca/memperkatakan nasib yang mereka terima. Mana mungkin aku memberikan ucapan agar mereka bersabar seandainya aku sendiri tidak dapat menahan rasa pilu setiap kali mendapat khabar tentang mereka di Kem Tahanan Kemunting. Sebak di dada setiap kali membaca tentang perjuangan mangsa-mangsa ISA ini. Tak mungkin aku hampir pada mereka tanpa mengguris perasaan mereka. Mungkin aku tidak seuntung mereka yang lebih kental...insyaAllah.
Ramli AR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment