Saturday, July 14, 2007

Nathaniel direman

28 Jamadil Akhir 1428
Salam

Bikinan Mob 1900


Semalam, 27 Jamadil Akhir 1428, aku terbaca rockybru tentang seorang "blogger" yang dijemput tiga pegawai polis ke Bukit Aman untuk bercerita tentang "internet". Oleh kerana aku ada urusan lain yang perlu aku segerakan, aku cuma mengikuti perkembanganya hari ini. Ianya telahpun disiarkan merata-rata. Contohnya di elizabethwong, nursamad, polytikus, penarikbeca,kickdefella dan banyak lagi.

Ramli AR

Wednesday, July 11, 2007

Penghuni/Pengunjung Halaman Ku 02

25 Jamadil Akhir 1428
Salam

Bulan Februari kalau tak silap aku. Pagi-pagi lagi Laila dah bersedih. Sedih kerana ada "assignment" yang tak siap. Lupa katanya. Guru sains suruh bawa 10 jenis bunga ke sekolah.Di halaman rumah aku memang tidak ada pokok bunga sebagai hiasan. Memang sukar untuk Laila menyiapkan "assignment"nya kali ini.

Jam menghampiri 7 pagi. Laila seakan tidak mahu ke sekolah.Terpaksa aku mengambil alih tugasan yang diberikan. Aku bawa Laila ke halaman dan terangkan bahawa bunga tidak semestinya ros, orkid atau melor sahaja. Rumput dan lalang juga berbunga. Betik dan kacang botol juga berbunga.

Agak sukar untuk Laila terima pada awalnya. Tetapi masa yang tidak mengizinkan membuatkan dia akur. Laila petik Bunga Kemunting, Mengkudu, Lemuni dan Kacang Botol. Aku ambilkan Bunga Betik, Lalang, Rumput (Kemuncut), Kantan dan dua jenis rumpai yang aku sendiri tidak tahu namanya.
Laila masih keberatan untuk ke sekolah dengan apa yang dikumpulkan tetapi dia sendiri sedar, ponteng adalah pilihan yang mustahil.

Balik dari sekolah, Laila melompat-lompat keriangan. Bila ditanya kenapa? "Cikgu tampal bunga Kakak kat "Notice Board". Cikgu kata Bunga Kantan tu cantik."

Ramli AR

Tuesday, July 10, 2007

Penghuni/Pengunjung Halaman Ku 01

24 Jamadil Akhir 1428
Salam
Pagi tadi, aku luangkan sedikit masa untuk mencabut lalang yang semakin bermaharajalela di laman rumah aku. Tidak banyak yang sempat aku selesaikan. Sedikit-sedikit.. lama-lama jadi bukit kata aku. Sedikit-sedikit.. yang lama tak sempat habis, yang baru dah naik balik kata isteri aku.Kerja mencabut lalang tergendala sebentar kerana aku terserempak dengan sesuatu yang menarik perhatian aku semasa bangun meregangkan tulang-tulang setelah bertinggung untuk satu jangka masa yang agak lama.

Berlari aku mendapatkan kamera di tingkat atas. Hasilnya.. aku sertakan di blog ini.

Ramli AR

Sunday, July 08, 2007

Paya Batman


22 Jamadil Akhir 1428
Salam

Where do you go for a swim? In Precinct 16, Putrajaya, there is a community center with a swimming pool. For RM1 children and RM2 adults, you could have a 2 hours swimming session and lifeguard is included. I consider this as reasonable and affordable.
Back in 1974, I have not much choice but to go to Paya Batman. If you ask about lifeguard, I will tell you to take a wild guess. Adults are not welcome because whenever they are around, swimming is usually not allowed. That could only means one thing. Swimming is at your own risk.
Yet, Paya Batman is the place where I acquired my swimming skills. How did I did it? Attempts after attempts. That was it. And all these were without my parents’ knowledge. I drowned 2 or 3 times but manage to grabbed at something and survived to write this piece some 30 years later. I really do not know if I could consider it as an achievement.
As far as I know, Paya Batman claimed at least 3 lives. That was in 1990s when I read the news in the paper reporting another death after 2 previously. I smiled reading it. Don't get me wrong. I was not smiling because another son of Adam died. I smiled because the reporter stated, the place known as 'Paya Batman'. I do not think the reporter knew the name was given by a 6 year old boy who thought ‘Batman’ means ‘Kelawar’. Only after a few years later then he realized that ‘Batman’ is actually a comic superhero character and ‘Kelawar’ is ‘Bat’.

Ramli AR