Wednesday, July 11, 2007

Penghuni/Pengunjung Halaman Ku 02

25 Jamadil Akhir 1428
Salam

Bulan Februari kalau tak silap aku. Pagi-pagi lagi Laila dah bersedih. Sedih kerana ada "assignment" yang tak siap. Lupa katanya. Guru sains suruh bawa 10 jenis bunga ke sekolah.Di halaman rumah aku memang tidak ada pokok bunga sebagai hiasan. Memang sukar untuk Laila menyiapkan "assignment"nya kali ini.

Jam menghampiri 7 pagi. Laila seakan tidak mahu ke sekolah.Terpaksa aku mengambil alih tugasan yang diberikan. Aku bawa Laila ke halaman dan terangkan bahawa bunga tidak semestinya ros, orkid atau melor sahaja. Rumput dan lalang juga berbunga. Betik dan kacang botol juga berbunga.

Agak sukar untuk Laila terima pada awalnya. Tetapi masa yang tidak mengizinkan membuatkan dia akur. Laila petik Bunga Kemunting, Mengkudu, Lemuni dan Kacang Botol. Aku ambilkan Bunga Betik, Lalang, Rumput (Kemuncut), Kantan dan dua jenis rumpai yang aku sendiri tidak tahu namanya.
Laila masih keberatan untuk ke sekolah dengan apa yang dikumpulkan tetapi dia sendiri sedar, ponteng adalah pilihan yang mustahil.

Balik dari sekolah, Laila melompat-lompat keriangan. Bila ditanya kenapa? "Cikgu tampal bunga Kakak kat "Notice Board". Cikgu kata Bunga Kantan tu cantik."

Ramli AR

1 comment:

ainizakri said...

Ramli

Bukan saja cantik..tapi SEDAP...
Sini semua makan yang frozen..kantan frozen..daun pisang frozen..daging frozen... lama-lama perut pun frost!!

Bila nak jalan jalan di sini..jemput la