Sunday, October 26, 2008

Bidah Laksam

29 Syawal 1429
Salam

Tidak seperti laksa, laksam masih unggul dengan identiti Pantai Timurnya. Maksud aku, aku tidak pernah terjumpa Laksam Kedah, Laksam Johor atau Laksam Penang. Rata-rata, masih ramai yang mengenali Laksam sebagai makanan tradisional Kelantan dan Terengganu.



Di Kampung Telosan dan kampung-kampung bersebelahan, tidak ada Laksam lain yang boleh menandingi Laksam Bidah. Tidak dapat aku gambarkan keistimewaannya dengan patah-patah perkataan. Mungkin sekadar memaparkan latar belakangnya.
Bidah memang anak jati Kampung Telosan. Sekurang-kurangnya, ibu dan bapanya memang penduduk asal Kampung Telosan. Bidah mula menyediakan dan Laksam dan menjadikannya sebagai mata pencarian semenjak belasan tahun lagi.
Masih anak dara sehingga berumur kurang lebih 65 atau hampir 70 tahun. Tidak kurang 40 tahun laksam menjadi punca rezeki Bidah. Hinggakan nama pun bertukar menjadi Bidah Laksam.


Berani aku katakan, laksam bidah tiada tandingnya. Sekurang-kurang semasa aku masih bersekolah di Telosan. Pendek kata, selagi laksam Bidah ada, laksam lain mungkin tidak selaku mana. Ada yang merajuk kerana lama menunggu laksam Bidah dan beralih ke laksam lain tapi kembali ke laksam Bidah keesokannya.


Kini telah lebih 2 tahun Bidah Laksam meninggalkan kami. Dia pergi setelah lebih 7 tahun berhenti menyediakan laksam sebagai sarapan pagi di 'market' Kampung Telosan.

Ramli AR

2 comments:

Ayiem said...

sayangnya bidah laksam tiada pewarisnya kerana anak arwah sendiri norma pun tak mewarisi kemahiran bidah didalam pembuatan laksam.Pepatah orang tua ada meengatakan patah tumbuh hilang berganti,tetapi sehingga hari ini banyak tempat laksam yang aku makan,masih tidak mampu menandingi kehebatan laksam bidah,tah ler mungkin selera kita telah terbiasa dengan laksam dia...wallahu aklam

Anonymous said...

Laksam bukae makanan ore kelate sajo, Kedah pon ado laksam. Teknik membuat laksam di Kedah pon serupo dgn laksam kelate, cuma kuah jah lain. Laksam ni buleh jadi makanan ore Pattani, pasal tu makanan Kelate-Kedah hampir sama.