Sunday, November 09, 2008

Roti Canai Pok Ku Mat

12 Zulkaedah 1429
Salam


Roti Canai Pok Ku Mat tidaklah sepopular laksam Bidah. Ianya sekadar pelengkap kepada keperluan sarapan di Kampung Telosan. Pok Ku Mat juga bukan seorang pakar roti canai, malah menebar roti canai pun hanya sekadar boleh sahaja.

Tapi entah kenapa, roti canai Pok Ku Mat boleh dikatakan laris setiap pagi. Mula berniaga sekitar jam 7 pagi, biasanya roti canai Pok Ku Mat habis menjelang jam 8.30 pagi.


Ada yang memuji keenakan kuah dalca Pok Ku Mat. Ada yang memilih roti canai Pok Ku Mat kerana harganya. Tidak kurang yang ke kedai Pok Ku Mat kerana keramahannya. Agak jarang yang memuji kepakarannya.

Satu ketika dulu, Pok Ku Mat adalah satu-satunya penjual roti canai di Kampung Telosan. Tidak ada saingan. Tidak hairanlah, roti canai Pok Ku Mat laris sekali. Tidak lama kemudian, seorang anak muda, Shafie, memulakan perniagaan roti canainya. Shafie lebih berkebolehan dalam penyediaan roti canai. Sebagai anak muda, ketangkasan Shafie juga mengatasi ketangkasan Pok Ku Mat menyediakan roti canai.

Namun, kemunculan Shafie sebagai pesaing, tidak menjejaskan kelarisan roti canai Pok Ku Mat. Roti canai Pok Ku Mat masih kehabisan kurang lebih jam 8.30 pagi. Sesiapa yang lewat, sering kali berputih mata.

Pok Ku Mat tidak lagi menebar roti canai untuk penduduk Kampung Telosan sejak 2 tahun lalu. Mungkin faktor umur yang agak lanjut adalah penyebabnya.

Ramli AR

7 comments:

Anonymous said...

Roti tu dimakan dengan apa? Gula, susu atau kari? Buat sendiri jugak ke?

Unknown said...

sori kalau tanya. Kg Telosan tu dimana ? Kelantan ? KB ? bukan apa, cuma tak pi rasa laksa dan roti canai tu kalau betul2 sedap.

ainizakri said...

Gambar tu, roti canai tebar sendiri kan!! wah...ni teruja kena gi buat ni

Ramli AR said...

17 Zulkaedah 1429
Salam

Roti canai... kalau buat sendiri boleh kurangkan penggunaan minyak masak. Saiz pun boleh besarkan sikit. Tak gitu Ani?

Ramli AR

Cikli said...

salam..

berapa sen sekeping roti canai di telosan?

Anonymous said...

Kedai ni duane?
Saya nak acuba try test roti canai & laksam Bidah.

Ramli AR said...

17 Zulhijjah 1429
Salam

Cikli... Roti kosong RM0.60/RM0.70 di Kg Telosan dan kawasan yang sewaktu dengannya.

kbguy dan Pokku... Kg Telosan terletak di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Kalau ikut jalan lama Pasir Puteh - Machang, Kg Telosan terletak kurang lebih 10km dari Pasir Puteh dan 16km dari Machang. Bidah Laksam telah hampir 2 tahun meninggal dunia. Pok Ku Mat pula semakin uzur. Di Hari Raya Korban yang lalu, saya sempat berbual dengan beliau di Masjid Kg Telosan. Kata beliau, hendak ke masjid pun agak susah, inikan pula hendak mencanai roti.

Ramli AR