Tuesday, February 03, 2009

Peria terhebat

8 Safar 1430
Salam

I wrote the piece more than 4 years ago. Since I am a little busy with my daily 'routine' to update this blog, I decided to reproduce it in here.

26 Jamadil Akhir 1425
Salam

Bukan... aku bukan hendak bercerita tentang 'PriaTerhebat' nyanyian Sheila On Seven. Aku hendak bercerita tentang bagaimana aku mula memakan sayur peria yang terkenal dengan kepahitannya. Masa tu tahun 1984 atau 1985. Aku dan beberapa orang kawan dijemput Aziz ke rumahnya di Bukit Sekilau. Kalau ingatan aku masih setia pada aku, Jamal, Anuar,Zakri dan Azhar (Anjung) ada bersama aku pada hari tersebut.

Diringkaskan cerita, hadir kami ke rumah Aziz padawaktu makan tengah hari. Ianya bukan berlaku secara kebetulan, malah telah diatur oleh Aziz begitu. Sebagaimana cara kesopanan biasa, kami dijemput makan bersama. Di meja makan terhidang makanan yang (aku andaikan)dimasak oleh emak Aziz. Kami makan dengan berselerasekali. Maklum saja, jarang-jarang merasa masakan selain dari masakan di dewan makan, hostel.

Dalam diam aku perhatikan sepiring masakan sambal tumis berhampiran emak Aziz. Tidak ramai yangmenjamah sambal tumis itu dan bila ada pun hanya sedikit sahaja yang diambil. Memang.... memang aku perhatikan kerana sambal tumis adalah kegemaran aku pada masa itu. (nota: sekarang ni kegemaran aku adalah apa-apa yang isteri aku masak le). Desakan selera aku memaksa aku bangkit sedikit dari kerusi untuk mencapai sambal tumis yang agak jauh dari aku.

Sekali ceduk (menggunakan sudu) aku ambil semaksima mungkin. Terus aje aku letakkan di dalam pinggan aku sebelum aku kembalikan sudu ke piring sambal tumis tersebut dengan senyum lebar ke arah emak Aziz. Mak Aziz pula kebetulan memandang ke arah aku. 'Saya memang suka sambal tumis ni, makcik' patah perkataan keluar dari mulut aku berusaha untuk menghilangkan kejanggalan kerana 'men-ju-ngal' terlalu jauh. Sekali lagi aku senyum kepada emak Aziz. EmakAziz hanya membalas senyum tanpa berkata apa-apa. Ada juga celahan dari kekawan tapi aku tidak jadikan butiran.
Sebaik sahaja tangan aku kembali ke pinggan, sambaltumis tadi terus sahaja menjadi sasaran. Aku gaulkan sebanyak mungkin untuk sesuap nasi. Demi tercecah sahaja suapan tadi ke lidah aku, terasa sahaja hendak aku 'kehek' kembali. Deria rasa aku terus saja menghantar alamat-alamat pahit ke otak aku. Sebagai rumusan - PERIA. PERIA - sayur yang aku paling benci. Pahitnya takpernah menambat hati aku. Hendak aku luahkan kembali, terasa amat tidak sopan. Hendak aku telan, tidak kelaratan.
Namun aku mengambil keputusan untuk terus senyum dan mengunyah perlahan-lahan. Sepahit manapun, aku telan. Dan dengan jayanya aku menghabiskan sesudu 'rumbu' sambal tumis peria dengan tersenyum. Hanya Pemilik Alam ini sahaja yang tahu perasaan aku pada masa itu. Gurauan dan usikan kekawan sudah tidak diendahkan. Matlamat aku adalah mengiakan pengistiharan bahawa sambal tumis adalah kegemaran aku kepada emak Aziz. Tapi percayalah... itu bukanlah kali terakhir aku memakan peria. Sejak dari peristiwa itu, peria bukan lagi sayur yang paling aku tidak gemari. Peria sudah menjadi salah satu dari sayur biasa bagi aku. Kalau setakat sesudu, sudah tidak menjadi soal lagi.
Ramli AR

Apa khabar Aziz agaknya?

.... and to a friend who came to my kiosk today and expressed his unhapiness with 'political drama' in Perak... 'mamahlah' peria walaupun pahit..... dan jangan lupa untuk senyum....

Ramli AR

1 comment:

nad said...

Kalau senyum je tanpa mamah peria tu pun boleh jugak, kan ;-)