Salam
Kambing adalah diantara binatang ternakan yang pernah dipelihara kebanyakan nabi-nabi. Itu adalah fakta yang tidak dipertikaikan.
Aku memang lama berangan-angan untuk berternak. Kambing, lembu atau apa sahaja. Pernah dahulu aku 'mengusahakan' ternakan lembu secara 'feed lock' secara kecil-kecilan. Boleh dikatakan berjaya, tetapi terpaksa diberhentikan kerana tiada pekerja yang boleh menjaga lembu-lembu aku.
Kerjaya sekarang, tidak mengizinkan aku meneruskan hasrat/impian aku untuk menjadi penternak.
Sebulan yang lalu, aku berpeluang untuk ke kandang kambing abang aku di Kampung Telosan. Ada kambing yang baru beranak. Kembar tiga katanya. Jula, Juli dan Julu adalah nama yang diberi. Nama, semasa aku melawat, Juli tidak lagi bersama ibunya. Mati... jatuh dari kandang yang lebih 4 kaki tinggi. Tinggallah Jula yang berbulu hitam dan Julu yang kelabu kemerahan warnanya.
Selang 3 minggu kemudian, seekor lagi ibu melahirkan 2 ekor anak. Warna kedua-duanya, putih bertompok hitam. Si kakak dinamakan Jun (singkatan dari 'terjun' kerana jatuh dari kandang tapi masih berumur panjang) dan adiknya dinamakan Mei (bulan sebelum Jun).
Beza ketara keduanya adalah 'stokin' Jun panjang hingga kelutut di kaki kiri belakangnya. Manakala, Mei hanya bersarung kaki pendek.
Mei aku hadiahkan kepada Laili bersesuaian dengan panggilannya 'Comel' yang seakan. Julu menjadi pilihan Laila kerana kelihatan lebih 'cute'. Dan Jula menjadi milik Luqman yang tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dihadiahkan seekor kambing.
Ramli AR