Salam
Perjalanan dari Dungun ke Pasir Puteh. Laluan biasa aku bila bercuti ke Kampung. Kali ini, kami singgah di tarikan terbaru di Kuala Terengganu. Stadium (Runtuh) Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Kami tiba sewaktu matahari hampir terbenam. Kurang lebih jam 6.45 petang. Kelihatan masih ramai pengunjung yang datang. Tidak kurang 50 buah kenderaan berada di sekitar kawasan stadium yang dililit pita keselamatan menghalang pengunjung terlalu hampiri kawasan runtuhan.
Pengunjung yang mengambil kesempatan bergambar juga tidak kurang ramainya. Agak terkilan kerana tidak dibenarkan menghampiri kawasan runtuhan, kami sekadar bergambar dari jarak jauh. Begitu juga pengunjung yang lain.
Tarikan tanpa sengaja ini bukanlah yang pertama berlaku. Menara Pisa sebagai contoh, dibina tegak. Namun menjadi tarikan dunia apabila condong dan menjadikan ia sebagai ‘landmark’ senibina hingga kini.
Aku mencadangkan agar Stadium (Runtuh) Sultan Mizan Zainal Abidin di biarkan tanpa bumbung sebagai tanda kenangan atau peringatan kepada kejadian bumbung stadium yang runtuh. Mungkin, kerajaan negeri boleh mempromosikan stadium ini sebagai tarikan pelancungan pada masa depan.
Ramli AR
No comments:
Post a Comment