Salam
Semasa kecil-kecil dulu, pada umur 10 atau 11 tahun, aku tinggal di kampung bersama nenek dan Tok Ayah (datuk). Seringnya aku tidur di madrasah dan jarang sekali aku bermalam di atas rumah.
Di tepi madrasah ada tiga pohon manggis (atau dikenali sebagai 'sto' iaitu singkatan dari 'sementa') yang biasanya berbuah lebat setiap musim. Biasanya pada bulan julai atau ogos. Di antar ketiganya, yang paling hampir dengan tangga madrasah adalah kegemaran aku.
Pohon itu aku jadikan markas tempat aku beristirehat sambil membaca buku dan novel kegemaran. 'Tiga Penyiasat', 'Lima sekawan' dan lain-lain aku habiskan di atas pokok manggis itu. Berlantaikan beberapa keping papan, agak sering aku terlena di situ.
Di zaman itu, aku agak angkuh. Aku biasanya tidak makan manggis yang telah jatuh ke tanah. Seupaya mungkin, aku akan 'rungkas' (panjat) dan memetik sendiri buah yang aku kehendaki. Sehujung mana pun akan aku capai. Badan aku yang kurus dan tangan aku yang agak panjang memungkinkan aku ke'agah'an aku tercapai.
Sekarang, pada berat badan 88 kg, aku sekadar memetik dari bawah, mana-mana yang boleh. Angan-angan untuk memanjat terpaksa aku pendam jauh di lubuk hati. Mungkin galah boleh menjadi penawar diri.
Ramli AR
3 comments:
as-salamualaikumm..oo dulu kecik laakan kini dah besar laa
ada kelas chik lani hehe.. dah lama ke buat blog ni, maaf baru tengok, kdg2 bagus kalau rumah tok ayah tu dikekalkan, tak payah roboh. ja
ululpfont caregordon critiques maurya willonly urges sherbrooke exercising splices blinders chapter
lolikneri havaqatsu
Post a Comment