Wednesday, May 09, 2007

PISANG EMAS

21 Rabi'ul Akhir 1428
Salam

Dalam kehidupan kita... tidak dapat tidak, kita meminta pertolongan dari kawan-kawan dan kenalan. Besar atau kecil 'favour' yang diminta bergantung kepada keadaan dan keperluan. Tergantung juga dari sudut mana kita memandang.
Sebagai contoh... aku pernah meminta jasa baik seorang kawan untuk ambilkan aku 2 barang dari satu tempat (kebetulannya di tempat kerja dia). Barang itu tidaklah seberat mana tetapi agak besar (18"x10"x6")setiap satu. Pada pandangan aku, ianya tidak menjadi satu masalah. Perkara 'enteng'. Cuma ambil dan masukkan ke dalam kereta dan bawakan ke Putrajaya (juga tempat tinggal sahabat aku).
Keesokannya, aku menerima kunjungan kawan aku itu dengan barang yang aku minta ambilkan. Legalah aku kerana kesukaran untuk aku dapatkan barangan itu telah selesai. Agak senang jadinya. Tidak susah untuk aku berkejar-kejar ke sana dan ke sini dalam jadual harian aku yang agak padat. Satu 'phone call' telah dapat menyelesaikan masalah aku.
Tanpa aku ketahui.... sebenarnya kawan aku terpaksa bersusah-susah untuk membantu aku. Rupanya, sahabat aku tidak berkereta ke tempat kerja. Dia menggunakan pengangkutan awam atau lebih tepat lagi 'LRT'. Dari 'LRT', dia menumpang kawan ke pejabat. Balik pun begitu. Dari tempat kerja menumpang kawan ke stesen LRT. Dalam LRT, dia terpaksa membawa 2 barang aku yang agak besar dan tentu saja ada barangan sendiri yang perlu dibawa. Sekurang-kurangnya sebuah beg kerja. Tentulah tidak senang membawa barangan begini di dalam LRT.

Satu lagi situasi berlaku pada tahun 1983. Semasa aku di tingkatan 3.
Pada salah satu 'weekend', datang ke pengetahuan aku .... ada seorang kawan yang hendak balik ke kampung. Kebetulan, kampungnya berhampiran dengan kampung tempat keluarga aku tinggal. 'CPU' aku tidak cukup kuat untuk mengingat alasan aku memerlukan duit pada masa itu tetapi itulah yang aku perlukan.... duit. Lantas dengan cukup senang hati... aku nampak.. kawan aku ini menjadi salah satu cara untuk aku menyelesaikan masalah aku. Senang sahaja. Minta tolong kawan aku ke rumah aku dan memberitahu keluarga aku bahawa aku memerlukan duit. Dan itulah yang telah kawan aku lakukan. Dia ke rumah aku dan menyampaikan pesan. Lalu, keluarga aku telah memberikan dia wang yang aku pesan dan Isnin berikutnya, duit itu sampai ke tangan aku.
Begitu senang masalah aku diselesaikan. Sedangkan, jika aku mengandaikan aku berada di tempat kawan aku itu, mungkin sahaja tugas itu tidak dapat aku selesaikan. Bayangkan bertolak pulang pada petang jumaat (selepas waktu sekolah) ke Pantai Timur. Sabtunya mungkin menguruskan apa-apa urusan yang menyebabkan kawan aku balik ke kampung. Tinggal Ahad untuk pergi ke rumah aku yang terletak kurang lebih 3 km dari kampung dia. Sampai di kampung aku, perlu pula bertanya orang di mana rumah ayah aku. Ianya bergantung kepada populariti ayah aku. Pada usia 15 tahun, bertanya (setidak-tidaknya pada aku) adalah tugasan berat. Malu tidak bertempat aku amat tebal pada masa itu.

Sekadar melakarkan 2 dari yang banyak pernah aku minta bantuan sahabat dan kawan.

Pada sahabat dan teman yang pernah aku minta pertolongan.... seandainya aku lupa untuk mengucapkan terima kasih aku pantunkan ....PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR, MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,

Ramli AR

5 comments:

Anonymous said...

Ramli...

I am sure, sometime, somewhere in your life you pun pernah menolong orang in similar situation.

I salah seorang yg pernah pernah menerima pertolongan dari you. And I did take for granted that its kerja mudah, walaupun I tak tahu apa yg berlaku di sebaliknye.. .

So Ramli and sahabat sahabat yg lain, terima kasih for the help and most important for being a friend.. tetiba la pulak sentimental. .

Miah

ps... ramli I still owe you something..

Anonymous said...

ha ah la miah... aku pun naik sentimental pepagi ni..

bukan aper, kekadang pertolongan tu diberi tanpa
mengharap balasan langsung.

tapi bila kita pulak dlm situasi ingin memohon
bantuan, kita dikecewakan. atleast reply cakap tak
boleh tolong pun takpa. we all are old enough to take
it and understand.

aku harap aku tak buka pekong kat dada sapa2. macam
ramli cakap, kita tak tahu kesusahan & kepayahan our
friend yg ingin membantu kita tu. macam aku, aku kena
jumpa 2 boss untuk dptkan "vehicle" yg agak limited
masa tu. dah tu kena deal dgn branch operations dept
utk make sure the "vehicle" is processed as priority.

i go to the extend mengaku yang aku ni sepupu dia..
well, let by gone be by gone.

sori yea skali lagi, tersentimental lah pulak. (seme
ko punya pasal la miah....)

Anonymous said...

Li,
Engkau nak tulis tu boleh tapi jangan sampai bunyi nye menakutkan kita
orang......... semacam bunyi nye tu...

TQ

Anonymous said...

aku ada kawan baru je meninggal kat precinct 9 . Umur baru je 37, Sakit
jantung. Mati pukul 6 pagi ahad lepas. Masa tu baru balik dari UTM johor
lepas bentang kerttas kerja untuk final semster dia. Hari jumaat sebelumtu
tu dia beri tahu semua orang lepas ni dia tak adadah sebab dia nak pergi
tempat lain. Itu yang aku takut tu sebab engkau punya email macam bagi
pesanan terakhir je bunyi nye...

TQ
Ir. Ridzuan Sanusi

Anonymous said...

ada hadith Rasulullah s.a.w. memberitakan bahawa
malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa kita iaitu
malaikat maut menjenguk/melihat kita sebanyak 70 kali
dalam satu hari (24 jam), bermakna setiap
20 minit datang menjenguk kpd kita
semua utk di panggil pulang/kembali.
Jadi nye perbanyakkan lah persiapan
menghadapi saat itu.