Sunday, September 23, 2007

Nurin Jazlin II


11 Ramadan 1428
Salam
Pada hari insan ini dikebumikan, kebanyakkan yang mengikuti perkembangannya menitiskan air mata. Lelaki atau perempuan sama, tiada beza. Semuanya sebak di dada. Aku tidak terkecuali. Menitiskan air mata mengenangkan nasib seorang insan kerdil diperlakukan sedemikian rupa.
Budak comel ini dirampas dari keluarganya tanpa belas kasihan. Insan kecil ini dipisahkan dari ibubapanya tanpa rela. Kemudian diperlakukan sedemikian pula. Kemaluannya di sumbat terung dan timun, khabarnya. Mayatnya pula disumbat kedalam sebuah beg dan ditinggalkan begitu sahaja.
Mengapa? Apa tujuannya? Untuk memuaskan nafsu seks kebinatangan? Lantas kenapa mesti dibunuh? Budak kecil ini melawan? Apalah sangat kudrat dari insan kecil ini? Adakah kuatnya hingga perlu ditamatkan nyawanya?
Jika dikatakan pembunuh Nurin Jazlin seekor binatang, binatang pun tahu yang mana lawannya. Tonton bagaimana binatang melayan anak mangsanya di katataknak. Maka apa yang lebih zalim dari binatang.... itulah pembunuh Nurin Jazlin.
Ramli AR

Thursday, September 20, 2007

Nurin Jazlin

8 Ramadan 1428
Salam


Nurin Jazlin Jazimin telah pergi ke pasar malam bersendirian pada 20/08/2007. Hingga ke tarikh ini, Nurin masih belum kembali ke rumahnya. Keluarganya masih mencari dan benar-benar yakin Nurin akan ditemui satu hari nanti. Aku mendoakan agar segala usaha keluarganya dan mereka yang membantu mendapat perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa. Doa aku juga, semoga Nurin dapat bersama keluarganya kembali.


Tahukah kita bagaimana perasaan ibubapa dan keluarga Nurin sekarang? Bolehkah kita gambarkan atau bayangkan? Mungkin sebahagian dari kita boleh. Tidak aku nafikan. Buat diri aku sendiri... membayangkan sahaja sudah cukup perit dan menakutkan.

Aku pernah hilang Laila untuk hampir 10 minit. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa itu. Tidak ada patah-patah yang dapat aku luahkan untuk menzahirkannya. Kehilangan itu hanya untuk kurang lebih 10 minit. Bagaimana mungkin aku membayangkan kehilangan Nurin yang menjangkaui tempoh sebulan pada hari ini.


Apa yang mampu kita buat? Aku tidak dapat menjawab soalan ini bagi pihak orang lain. Bagi pihak aku sendiri, hari ini, aku memuatkannya di dalam blog ini dan aku paparkan gambar Nurin di kiosk aku di Alamanda Putrajaya sejak beberapa hari yang lalu. Mungkin, akan aku cetak gambar Nurin pada 'flyers' aku nanti sekiranya Nurin masih belum dijumpai.


Aku difahamkan blog khas untuk Nurin telah disediakan. Sila lawati http://www.nurinjazlin.blogspot.com/ .

Sekali lagi doa aku kepada keluarga Nurin dan mereka yang membantu.... semoga anda semua diberkati Yang Maha Esa.


Nota : Gambar atas aku dapat dari web site Takaful Ikhlas dan gambar bawah dari the star. IBRAHIM MOHTAR / The Star


UPDATE at 4.15pm
DNA tests: Body found in bag is Nurin (update 2)
PETALING JAYA: The police have said that DNA tests on the body found stuffed in a sports bag on Monday in Petaling Jaya show that it is that of missing girl Nurin Jazlin Jazimin.


Ramli AR

Saturday, September 15, 2007

Ramadan Pertama

3 Ramadan 1428
Salam

Aku lewat ke surau sedangkan surau hanya kurang lebih 150 meter dari rumah kerajaan yang aku diami. Lewatnya sehingga aku tidak sempat berjemaah isyak. Jemaah lain sedang sembahyang sunat selepas isyak semasa aku tiba. Aku terus ke dalam dan mengambil keputusan untuk menunggu sunat terawih untuk isyak aku.
Ruang sembahyang lelaki agak penuh hingga melimpah ke luar. Esok berkemungkinan lebih ramai jemaah. Berdasarkan Ramadan yang lalu, ramai yang ke Masjid Putra pada Ramadan pertama. Kebanyakkan mereka yang datang berkereta selepas masuk waktu isyak akan mendapati parkir adalah masalah bagi mereka. Meletak kereta pada jarak 400 meter atau lebih adalah agak jauh bagi jemaah Tarawih. Golongan ini akan mencari alternatif pada keesokannya.
Tarawih di Surau Ar Rahman, Presint 16 diimamkan tiga orang hafiz, pelajar UIA, dari Uzbakistan. Adik beradik, kalau tidak salah aku. Tahun lepas pun mereka juga mengepalai Tarawih si sini. Tamat rakaat ke 10, aku habis Tarawih 8 aku. Aku lihat tinggal 3.5 saf sahaja jemaah yang buat 20. Mungkin 60 atau 70 orang pada anggaran aku. Mula-mula tadi, rasanya tidak kurang 7 saf di dalam dan melimpah ke luar.

Laili's First Attempt
I picked my kids from school at 2.30pm. Way passed my normal pick up time 1pm. They were informed and they know what to do and what not to do. We picked Laili from her nursery at 2.50pm. She still keeps her fast for the day. Worth waking her up at 5am earlier in the morning. Laili was holding 2 pieces of chipsmore and a piece of chocolate in a plastic container courtesy of her teacher, Cage Muss. I left them at home for an appointment at B3, Complex JPM. Then I have to be back to Alameda for a client waiting for me at the counter. By 4.45pm, Leila called me looking for the cookies she left in the car. Her stomach starts aching she claimed. She wanted the cookies. I asked her to hold on for another 2 hours but she insisted.
"Nak biskus adik" was her final say. I asked Laila to give her sister something to eat. Laili settled for "Tiger Susu" at about 5pm.

AlhamdulilLah Laila dan Luqman tidak bermasalah menyempurnakan puasa.

Ramli AR

Sunday, September 02, 2007

Cheese Naan

20 Sha'ban 1428
Salam

Medan Selera di Pusat Komuniti Presint 16 adalah tempat biasa aku dan keluarga menjamu selera. Gerai no. 5 (Adilla Tomyam) adalah kegemaran kami sekeluarga. Kuew Teow Tom Yam pilihan Nadhirah. Roti Boom kegemaran Laila. Sup Ekor tidak (tanpa cili padi) pedas kesukaan Laili. Luqman dan aku suka serba serbi.
Tidak perlu aku memberitahu betapa masakan di gerai ini bertepatan dengan selera kami. Jika tidak kami tidak mungkin ke sini. Namun sedap adalah perkara subjektif mengikut selera masing-masing. Sedap bagi kita, mungkin tidak pada orang lain.
Malam tadi kami beralih selera. Hanya Nadhirah yang setia dengan Kuew Teow Tom Yam di Adilla Tom Yam. Luqman memilih Burger Special sebagai hidangan makan malamnya. Laili memesan Fish n Chips dan Laila mencuba Lamb Chop di Gerai Western Foods. Aku ke Gerai Mamak memesan sebiji Cheese Naan.
Beberapa minit menunggu, Cheese Naan aku siap. Aku ambil dan menghulur duit RM2 sebagai bayaran. Tidak aku sangka, mamak itu meminta tambahan sebanyak 50 sen. Aku agak terkejut. Rasanya baru beberapa hari lepas dan hari-hari sebelumnya harga Cheese Naan hanya RM2.
Aku terus melilau mencari papantanda harga dah sah hanya Rm2. Sejak bila pula harganya RM2.50? Aku cuba menyangkal permintaan mamak tadi. Mamak itu memaklumkan papantanda belum diubah sedangkan harganya telah dinaikan sejak 3 hari yang lalu.
Pada kebiasaannya aku tidak mungkin akur. Aku paling tidak gemar situasi yang begini. Mungkin sekali aku memulangkan Cheese Naan yang dipesan. Sememangnya jumlah yang dipertikaikan adalah 50 sen dan bendanya adalah makanan..... kali ini aku akur. Sehari dua lagi, mungkin aku akan ke sini dan bertanya harga sebenar dan memastikan tanda harga diperbetulkan.

Ramli AR