Monday, June 15, 2009

Jamnapari

21 Jamadil Akhir 1430
Salam

Kambing adalah diantara binatang ternakan yang pernah dipelihara kebanyakan nabi-nabi. Itu adalah fakta yang tidak dipertikaikan.


Aku memang lama berangan-angan untuk berternak. Kambing, lembu atau apa sahaja. Pernah dahulu aku 'mengusahakan' ternakan lembu secara 'feed lock' secara kecil-kecilan. Boleh dikatakan berjaya, tetapi terpaksa diberhentikan kerana tiada pekerja yang boleh menjaga lembu-lembu aku.


Kerjaya sekarang, tidak mengizinkan aku meneruskan hasrat/impian aku untuk menjadi penternak.


Sebulan yang lalu, aku berpeluang untuk ke kandang kambing abang aku di Kampung Telosan. Ada kambing yang baru beranak. Kembar tiga katanya. Jula, Juli dan Julu adalah nama yang diberi. Nama, semasa aku melawat, Juli tidak lagi bersama ibunya. Mati... jatuh dari kandang yang lebih 4 kaki tinggi. Tinggallah Jula yang berbulu hitam dan Julu yang kelabu kemerahan warnanya.
Selang 3 minggu kemudian, seekor lagi ibu melahirkan 2 ekor anak. Warna kedua-duanya, putih bertompok hitam. Si kakak dinamakan Jun (singkatan dari 'terjun' kerana jatuh dari kandang tapi masih berumur panjang) dan adiknya dinamakan Mei (bulan sebelum Jun).

Beza ketara keduanya adalah 'stokin' Jun panjang hingga kelutut di kaki kiri belakangnya. Manakala, Mei hanya bersarung kaki pendek.


Mei aku hadiahkan kepada Laili bersesuaian dengan panggilannya 'Comel' yang seakan. Julu menjadi pilihan Laila kerana kelihatan lebih 'cute'. Dan Jula menjadi milik Luqman yang tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila dihadiahkan seekor kambing.



Ramli AR

2 comments:

Unknown said...

maaf komen posting lama...tp nak tau kambing kat telosan masih ada ko...dua bln lepas kami ada hampir 150 ekor kambing..sanen,boer,jamnapari etc...tp sejak kebelakangan ni seekor dem seekor telah mati...ari ni lembik kaki x bolih jalan...esok mati..
Kat telosan kat mana ye..tempat kami kat jlm highway wakaf lichong mache..atas sikit pd kandis..
t kasih

Ramli AR said...

29 Dzulka'edah 1430
Salam

Datang ke Kampung Telosan, tanya saje Madrasah Gemulah Tok Ayah. Di situlah tempat kami. Abang saya dikenali dengan nama Cikgu Sudin.

Ramli AR