Tuesday, July 10, 2007

Penghuni/Pengunjung Halaman Ku 01

24 Jamadil Akhir 1428
Salam
Pagi tadi, aku luangkan sedikit masa untuk mencabut lalang yang semakin bermaharajalela di laman rumah aku. Tidak banyak yang sempat aku selesaikan. Sedikit-sedikit.. lama-lama jadi bukit kata aku. Sedikit-sedikit.. yang lama tak sempat habis, yang baru dah naik balik kata isteri aku.Kerja mencabut lalang tergendala sebentar kerana aku terserempak dengan sesuatu yang menarik perhatian aku semasa bangun meregangkan tulang-tulang setelah bertinggung untuk satu jangka masa yang agak lama.

Berlari aku mendapatkan kamera di tingkat atas. Hasilnya.. aku sertakan di blog ini.

Ramli AR

5 comments:

ainizakri said...

Ramli

i nampak lain..sedap nyer pucuk mengkudu kalau di buat kerabu atau nasi kerabu utara....tak terfikir la ..ni gambar lalat sebenarnya

Anonymous said...

Pornography?

TQ

Ir. Ridzuan Sanusi

Anonymous said...

25 Jamadil Akhir 1428
Salam

Ani : Khabarnya pucuk mengkudu tu memang berkhasiat tapi sehingga ke tarikh ini belum pernah cuba. Gambar tu bukan sahaja gambar lalat. Gambar tu gambar lalat yang sedang dimakan oleh mentadak.

Mat Duan : I looked at the photos at least another 3 times then I concluded. It is about the second photo is it not? It looks like they were kissing, Don't they?

Ramli AR

Anonymous said...

Salaaman!
Mentadak tu makan lalat atau Lalat yg makan mentadak?
Atau ada pergaduhan antara dua bangsa?
Kat kg kita tak panggil mentadak kan? Kalau tak silap nama dia Sedu-sena...

Anonymous said...

kat kampung saya pulak panggil gegancung!

TQ

Ir. Ridzuan Sanusi