Thursday, September 20, 2007

Nurin Jazlin

8 Ramadan 1428
Salam


Nurin Jazlin Jazimin telah pergi ke pasar malam bersendirian pada 20/08/2007. Hingga ke tarikh ini, Nurin masih belum kembali ke rumahnya. Keluarganya masih mencari dan benar-benar yakin Nurin akan ditemui satu hari nanti. Aku mendoakan agar segala usaha keluarganya dan mereka yang membantu mendapat perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa. Doa aku juga, semoga Nurin dapat bersama keluarganya kembali.


Tahukah kita bagaimana perasaan ibubapa dan keluarga Nurin sekarang? Bolehkah kita gambarkan atau bayangkan? Mungkin sebahagian dari kita boleh. Tidak aku nafikan. Buat diri aku sendiri... membayangkan sahaja sudah cukup perit dan menakutkan.

Aku pernah hilang Laila untuk hampir 10 minit. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa itu. Tidak ada patah-patah yang dapat aku luahkan untuk menzahirkannya. Kehilangan itu hanya untuk kurang lebih 10 minit. Bagaimana mungkin aku membayangkan kehilangan Nurin yang menjangkaui tempoh sebulan pada hari ini.


Apa yang mampu kita buat? Aku tidak dapat menjawab soalan ini bagi pihak orang lain. Bagi pihak aku sendiri, hari ini, aku memuatkannya di dalam blog ini dan aku paparkan gambar Nurin di kiosk aku di Alamanda Putrajaya sejak beberapa hari yang lalu. Mungkin, akan aku cetak gambar Nurin pada 'flyers' aku nanti sekiranya Nurin masih belum dijumpai.


Aku difahamkan blog khas untuk Nurin telah disediakan. Sila lawati http://www.nurinjazlin.blogspot.com/ .

Sekali lagi doa aku kepada keluarga Nurin dan mereka yang membantu.... semoga anda semua diberkati Yang Maha Esa.


Nota : Gambar atas aku dapat dari web site Takaful Ikhlas dan gambar bawah dari the star. IBRAHIM MOHTAR / The Star


UPDATE at 4.15pm
DNA tests: Body found in bag is Nurin (update 2)
PETALING JAYA: The police have said that DNA tests on the body found stuffed in a sports bag on Monday in Petaling Jaya show that it is that of missing girl Nurin Jazlin Jazimin.


Ramli AR

2 comments:

Teddy said...

I feel real bad when I heard the news... have a good ramadhan bru!

teddy

ainizakri said...

walau siapa pun mayat gadis itu, saya sebak dan bergenang air mata...siapalah manusia yang lebih kejam dari seekor binatang itu...hanya ALLAH jua yang mampu membalas segala perbuatan terkutuk itu.
al-fatihah..