Sunday, September 02, 2007

Cheese Naan

20 Sha'ban 1428
Salam

Medan Selera di Pusat Komuniti Presint 16 adalah tempat biasa aku dan keluarga menjamu selera. Gerai no. 5 (Adilla Tomyam) adalah kegemaran kami sekeluarga. Kuew Teow Tom Yam pilihan Nadhirah. Roti Boom kegemaran Laila. Sup Ekor tidak (tanpa cili padi) pedas kesukaan Laili. Luqman dan aku suka serba serbi.
Tidak perlu aku memberitahu betapa masakan di gerai ini bertepatan dengan selera kami. Jika tidak kami tidak mungkin ke sini. Namun sedap adalah perkara subjektif mengikut selera masing-masing. Sedap bagi kita, mungkin tidak pada orang lain.
Malam tadi kami beralih selera. Hanya Nadhirah yang setia dengan Kuew Teow Tom Yam di Adilla Tom Yam. Luqman memilih Burger Special sebagai hidangan makan malamnya. Laili memesan Fish n Chips dan Laila mencuba Lamb Chop di Gerai Western Foods. Aku ke Gerai Mamak memesan sebiji Cheese Naan.
Beberapa minit menunggu, Cheese Naan aku siap. Aku ambil dan menghulur duit RM2 sebagai bayaran. Tidak aku sangka, mamak itu meminta tambahan sebanyak 50 sen. Aku agak terkejut. Rasanya baru beberapa hari lepas dan hari-hari sebelumnya harga Cheese Naan hanya RM2.
Aku terus melilau mencari papantanda harga dah sah hanya Rm2. Sejak bila pula harganya RM2.50? Aku cuba menyangkal permintaan mamak tadi. Mamak itu memaklumkan papantanda belum diubah sedangkan harganya telah dinaikan sejak 3 hari yang lalu.
Pada kebiasaannya aku tidak mungkin akur. Aku paling tidak gemar situasi yang begini. Mungkin sekali aku memulangkan Cheese Naan yang dipesan. Sememangnya jumlah yang dipertikaikan adalah 50 sen dan bendanya adalah makanan..... kali ini aku akur. Sehari dua lagi, mungkin aku akan ke sini dan bertanya harga sebenar dan memastikan tanda harga diperbetulkan.

Ramli AR

3 comments:

ainizakri said...

Ramli..

Nikmat makan di luar..boleh pilih menu ikut kehendak hati. Kalau masak di rumah, menu ikut selera isteri..kekekeke itu pun tgk la ban...dah double size.

Salam utk Na dan anak-anak

ainizakri said...

Salam ramli.... bila nak tukar tajuk mu nih..

ainizakri said...

Ramli

Selamat berpuasa buat semua seisi keluarga